Wednesday, January 25, 2012

MUZIUM LUKUT DAN KOTA LUKUT

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lukut membawa maksud sejenis tumbuhan atau pohon renek. Pada awal abad ke-19, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan dari Selangor selain Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut pada asalnya didiami oleh Orang Laut yang menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani (bercucuk tanam).

Walaupun sejarah tidak begitu jelas tentang penguasaan Selangor terhadap Lukut, namun di bawah pemerintahan Sultan Salehuddin (Sultan Selangor yang per-1) sehinggalah ke pemerintahan Sultan Ahmad Shah (Sultan Selangor ke-3), Lukut adalah sebahagian daripada pengaruh penguasaan Selangor. Era pemerintahan Raja Bot merupakan permulaan era kemerosotan Lukut kerana terdapat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pemerintahan baginda. Di antaranya adalah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujong, penentangan Raja Sulaiman (Pembesar Sungai Raya), bebanan hutang yang semakin berat dan hasil pengeluaran biji timah yang semakin merosot.


Kota Lukut yang pernah mencapai kegemilangannya sejak dari pemerintahan Raja Jumaat bin Raja Jaafar (1847-1864).

Termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan pembesar Melayu di Lukut. Raja Bot menyerahkan Lukut kepada Sungai Ujong secara rasminya melalui perjanjian tersebut.

 Kebanyakkan isi kandungan dalam muzium ini berkisar tentang daerah Lukut yang terkenal dengan perlombongan bijih timah pada masa itu.

2 comments:

  1. Assalamualaikom,

    Teruskan menulis blog yang sarat dengan maklumat susur galur ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...