Friday, September 2, 2011

Asal Suku Minang Di Negeri dan di Tempat-tempat Lain


Senyuman Minang Manis

Masyarakat Minangkabau  2 Jenis Adatnya

Masyarakat Minangkabau mengamalkan dua sistem sosial iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Adat Perpatih mewariskan harta pusaka dari wanita kepada anak perempuan manakala Adat Temenggung mewariskan harta pusaka dari lelaki kepada anak lelaki.

Orang Minangkabau yang berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera Barat, di Indonesia moden, adalah suku kaum matrilineal yang paling terkenal di dunia.



Dua suku mengamalkan Adat Temenggung manakala dua lagi mengamalkan Adat Perpatih.
Yang mengamalkan Adat Temenggung itu ialah suku Koto dan Piliang.
Yang mengamalkan Adat Perpatih itu ialah suku Bodi dan Caniago.

Adat Perpatih dan Adat Temenggung akhirnya disatukan oleh Sutan Balun (dari suku Bodi dan Caniago mengikut nasab ibunya), adik kepada Sultan Minangkabau bernama Sutan Marajo Basa (dari suku Koto dan Piliang mengikut nasab bapanya).

Adat Perpatih dan Adat Temenggung disatukan menjadi Adat Tuah Disakato.
Sutan Balun dikenali sebagai Datuk Perpatih Nan Sebatang.
Sutan Marajo Basa dikenali sebagai Datuk Katamenggungan.

Ibunda Sutan Balun berketurunan Sultan Minangkabau (mengikut nasab bapanya).
Bapa Sutan Balun adalah pembesar (bukan raja) dari suku Koto dan Piliang.
Manakala bapa Sutan Marajo Basa ialah Sultan Minangkabau.

Suku Bodi dan Caniago diperintah oleh Sutan Balun, cenderung kepada Adat Perpatih dan mengamalkan sistem demokratik republikan berasaskan rundingan.

“Raja” untuk kedua-dua suku ini adalah rundingan.Ketua kedua-dua suku ini tidak menyembah Sultan Minangkabau.Suku Koto dan Piliang diperintah oleh Sutan Marajo Basa, cenderung kepada Adat Temenggung dan mengamalkan sistem beraja.Kedua-dua suku ini menyembah Sultan Minangkabau yang berasal darinya.

Orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan (Sungai Ujung) semasa zaman kesultanan Johor di abad ke-14 telah berkahwin campur dengan orang Temuan (Johor) Sungai Ujung yang mengamalkan Adat Perpatih.
Orang Temuan (Johor) di luar Sungai Ujung mengamalkan Adat Temenggung.
Sungai Ujung (atau Seremban) adalah sebuah daerah dalam negeri Johor.
Ia kemudian berpecah menghasilkan 3 daerah baru iaitu Rembau, Johol (Kuala Pilah) dan Jelebu.
Tampin kemudian keluar dari Rembau manakala Jempol (tanah asal orang Semelai) keluar dari Johol.

Daerah Ulu Klang (sekarang daerah Ulu Selangor, Gombak, Kuala Lumpur, Petaling dan Ulu Langat) di Selangor, Ulu Pahang (sekarang daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Jerantut, Bera dan Maran) di Pahang dan Naning (Alor Gajah) di Melaka telah bergabung dengan Sungai Ujung, Rembau, Johol, Jelebu, Tampin dan Jempol pada tahun 1773 untuk membentuk Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan telah dinaungi oleh Sultan Johor dan diperintah oleh Tuanku Melewar, anak Sultan Minangkabau.


mohdiar : makanya dapat dirumuskan disini, mereka berlainan cara hidup dan pengganut adat walau berdarah minangkabau juga.. Maka penganut adat temenggung duduk di luar Negeri Sembilan dan penganut adat perpatih di dalam Negeri Sembilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...