Friday, December 16, 2011

Penduduk Asal Di Negeri Sembilan


KAUM TEMUAN
Orang Temuan kelompok orang Melayu-Proto. Mereka juga dikenali sebagai orang Melayu Asli dan Jakun. Kebanyakan kelompok ini boleh ditemui di Selangor dan Negeri Sembilan. Perkataan 'temuan' diperkenalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selepas baru penduduk pada tahun 1960. Orang Temuan dipercayai berasal dari Sumatera. Ini berdasarkan persamaan bahasa yang wujud antara orang Melayu Sumatera yang tinggal di Semenanjung Malaysia dengan orang Temuan. Bahasa pertuturan orang Temuan berasal daripada rumpun bahasa Austronesia (Melayu-Polinesia). Orang Temuan Paya Lebar pada masa ini menggunakan bahasa Melayu. Akan tetapi sesetengah perkataan yang digunakan tidak wujud dalam nahu bahasa Melayu seperti ‘nyap’ untuk tidak, ‘ong’ atau ‘pe’ untuk awak dan ‘sap’ untuk habis.
Orang Temuan mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri. Tinggi purata lelaki Temuan ialah l52.7cm. Manakala tinggi purata perempuan Temuan ialah 143.9 cm.Warna kulit mereka seperti warna kulit orang Melayu. Rambut mereka lurus dan berwarna hitam kebiruan. Mereka berhidung pesek dan mempunyai tulang pipi yang tinggi. Mata mereka berwarna perang tua dan bersaiz sederhana, manakala mulut mereka besar dan luas. Terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dan perempuan Temuan iaitu dari segi berat, ketinggian dan ukuran bahu. Orang lelaki Temuan lebih berat, lebih tinggi dan mempunyai ukuran bahu yang lebih lebar daripada kaum perempuannya. Namun, apabila dibandingkan antara dua generasi Temuan, tiada perbezaan yang ketara.
Struktur Sosial
Struktur Sosial masyarakat ini dapat dilihat pada peringkat isi rumah dan peringkat masyarakat. lsi rumah orang Temuan terdiri daripada sepasang suami isteri (pasangan berkahwin), anak-anak yang belum berkahwin dan mungkin ibu bapa mereka. Pasangan yang berkahwin itu akan bekerja untuk menyara isi rumahnya. Semua isi rumah mempunyai tanah untuk bercucuk tanam dan biasanya dijadikan dusun buah-buahan, sawah dan kebun getah. Semua tanah orang Temuan akan diwarisi oleh anak-anak perempuan, manakala anak laki-laki akan menumpang kakak atau adik perempuan. Tiada pembahagian tugas mengikut jantina antara pasangan yang berkahwin dengan ahli sesebuah isi rumah. Bagaimanapun berburu dilakukan oleh orang lelaki. Jika berlaku perceraian, anak-anak akan mengikut ibunya manakala suami akan kembali ke kampung asalnya ataupun mendirikan rumah yang baharu.
Pada peringkat masyarakat Temuan pula, didapati beberapa isi rumah orang Temuan membentuk satu kampung. Hubungan kekeluargaan dan persemendaan yang rapat mengikat kesemua isi rumah itu menjadi sebuah kampung yang berintegrasi. Dalam setiap kampung ada seorang ketua yang digelar batin. Biasanya adik-beradik tinggal berhampiran dan ini membolehkan wujudnya kerjasama antara mereka dalam bidang sosial dan ekonomi. Sebuah perkampungan Temuan cenderung untuk menjalin hubungan dengan perkampungan Temuan yang lain. Perhubungan ini melibatkan berbagai-bagai pertukaran tanggungjawab sosial, pengeluaran ekonomi dan maklumat. Penduduk kampung Temuan biasanya mempunyai interaksi yang sedemikian dengan beberapa kampung temuan yang lain meskipun agak berjauhan. Ini dikenal sebagai interaksi antara kampung.
 Aktiviti Sosial
Aktiviti sosial dilakukan dalam kampung sendiri dan dengan kampung yang lain. Melalui amalan ‘nimbul’, mereka saling ziarah-menziarahi untuk berbual dan bercerita. Ini dilakukan dalam kampung dan antara kampung Temuan yang lain. Fungsi nimbul adalah untuk menjamin pertukaran maklumat dan membantu mengintegrasikan pelbagai kumpulan. Kenduri juga membentuk integrasi. Biasanya kenduri diadakan pada musim buah dan dihadiri oleh semua penduduk kampung tersebut dan kadangkala oleh penduduk kampung lain juga. Semua penduduk kampung akan bersama-sama menjayakan kenduri. Penghulu balai biasanya menjadi ketua dalam kenduri seperti itu.
Walaupun memburu merupakan aktiviti perseorangan atau dilakukan dalam kumpulan yang kecil, tetapi aktiviti ini dianggap sebagai satu aktiviti sosial yang penting. Daging hasil buruan itu dibahagikan kepada semua isi rumah yang ada di kampung tersebut. Kadangkala jika hasil buruan itu berlebihan, daging hasil pemburuan akan dihantar ke karnpung Temuan yang lain juga. Dalam upacara ‘sawai’ semua penduduk kampung terlibat. Di kebanyakan kampung, batin mereka juga merupakan bornoh yang handai. Pertukaran maklumat berlaku antara kampung dengan kampung, baik dengan kampung Temuan yang lain, mahupun dengan kampung komuniti yang lain. Di dalam kampung, batin merupakan sumber maklumat yang terpenting yang memberikan maklurnat tentang aktiviti ekonomi dari sebagainya. Pertukaran maklumat juga berlaku dengan orang luar seperti pegawai JHEOA, orang dari kampung Temuan yang lain dan dengan masyarakat daripada komuniti yang lain seperti kampung Melayu yang berhampiran dan sebagainya. Ini membolehkan orang Temuan mengetahui apa yang berlaku di luar kampung mereka.
Kepimpinan
Kepemimpinan masyarakat orang Temuan, ada tujuh peringkat kepemimpinan iaitu batin, pemangku, jenang, jukera, menteri, penghulu balai dan panglima. Batin sebagai ketua kampung bertanggungjawab terhadap pentadbitan kampung secara keseluruhannya. Dia diberi kuasa oleh JHEOA. Di beberapa kampung, batin juga menjadi penasihat, hakim dan bomoh. Oleh sebab batin sibuk menjalankan tugas rasmi dan tiada masa untuk bercucuk tanam. Penduduk kampung akan menghadiahkan sebahagian kecil daripada hasil tanaman mereka. Apabila batin meninggal dunia, jawatan itu biasanya diwarisi oleh anak lelakinya yang sulung atau oleh saudaranya yang terdekat, jika anak lelakinya tidak dapat melaksanakan tugas tersebut. Batin dibantu oleh pemangku. Apabila batin tiada, pemangku akan mengambil alih tugas batin untuk sementara waktu. Jenang dan pembantunya, jukera bertindak sebagai pentadbir jika batin dan pemangku tiada. Tugas utama penghulu balai adalah untuk menyelia kenduri dan upacara keagamaan. Pada masa dulu, panglima bertindak sebagai ketua tentera tetapi kini didapati jawatan ini sudah tidak perlu lagi. Menteri pula menjadi penyelaras interaksi kampung.
Kepercayaan
Kepercayaan orang Temuan, pada asasnya, menganut animisme dan menyembah nenek-moyang mereka. Mereka percaya pada kewujudan tuhan yang mereka kenal sebagai cemok dan lenggoi. Tuhan-tuhan ini dipercayai sebagai nenek-moyang mereka dan dipercayai wujud dalam pelbagai bentuk seperti angin, hujan dan kilat. Orang Temuan juga percaya bahawa batu besar, sungai, pokok tinggi dan gunung adalah tempat tinggal hantu dan jin. Ada tiga hantu yang dianggap penting iaitu hantu malaikat, hantu beburung dan hantu lidah tanah. Hantu-hantu ini dipercayai adalah hantu jahat dan penyebab kepada pelbagai jenis penyakit. Untuk melawan hantu jahat ini, orang Temuan bergantung pada bomoh yang dikenal sebagai ‘orang bertangkai’ (pawang). Pawang menggunakan beberapa herba hutan dan kayu-kayan seperti kayu gaharu dalam pengubatannya. Kayu gaharu itu akan dibakar untuk meminta bantuan daripada tuhan untuk menghalau hantu itu. Kadangkala sawai dilakukan untuk memulihkan pesakit dengan meminta pertolongan daripada nenek-moyang mereka serta pelbagai jin dan roh.
Orang Temuan mempunyai sistem kalendar mereka sendiri yang berdasarkan umur bulan. Menurut sistem kalendar mereka, terdapat 360 hari dalam setahun dengan 30 hari setiap bulan. Hari pertama dalam setiap bulan ditunjukkan oleh jeritan monyet liar. Pada hari tersebut, mereka dibenarkan bekerja tetapi jika jeritan monyet tidak kedengaran, petunjuk yang digunakan ialah bulan. Jika bulan kelihatan, mereka dibenarkan bekerja. Jika tidak, hari itu digelar hari berpantang dan mereka tidak dibenarkan bekerja. Dari hari kedua hingga hari ke-17 pada setiap bulan, orang Temuan dibiarkan bekerja. Hari yang ke-18 dan hari ke-19 dikenali sebagai ‘parit’ (muncung babi) dan ‘parap’ (muncung tikus). Manakala hari yang ke-26 hingga hari ke-29 pada setiap bulan digelar sebagai ‘leg’. Hari yang ke-30 dikenal sebagai ‘bulan mandi’ atau ‘ikan melihat bulan’. Ketujuh-tujuh hari ini merupakan hari berpantang bagi orang Temuan. Dipercayai seseorang akan mendapat sakit (leg) atau mati (parit dan parap) jika mereka bekerja pada hari-hari ini kerana semangat aktif pada hari-hari tersebut.
Perkembangan Semasa
Semenjak merdeka, banyak perubahan telah berlaku dalam kehidupan orang Temuan. Orang Temuan hidup menetap dan jarang sekali mereka berpindah. Pihak JHEOA telah menyediakan perumahan bagi kebanyakan keluarga. Oleh sebab hutan juga sudah berkurangan, mereka digalakkan terlibat dalam pertanian getah, dusun, kelapa sawit dan koko. Ada anak-anak muda orang Temuan yang bekerja sebagai buruh binaan, malah ramai juga yang bersekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.

admin: mungkinkah ini masyarakat asal yang memegang adat benar, dan dicampur dengan adat dari minang membentuk adat perpatih.. ?

Thursday, December 15, 2011

WILAYAH RANTAU ORANG MINANGKABAU


Daerah rantau adalah tempat merantau orang tua-tua zaman dahulunya dari wilayah darek atau luhak keberbagai daerah disekitarnya
  • Rantau tanah data mencakup Rantau batang hari yaitu Provinsi Jambi sekarang
  • Rantau Kuantan Provinsi Riau 
  • Rantau pasise panjang
  • Rantau Cati nan batigo ( Prov. Jambi )
- Rantau Luhak Agam
sepanjang pasise barat pantai sumatera barat mulai dari pasaman sampai ke bengkulu

- Rantau luhak 50 kota
daerahnya kampar kiri dan kampar kanan prov. Riau sampai ke Negri Sembilan Malaysia

- Rantau Luhak tanah data
daerahnya yitu derah dengan nama rantau nan tujuah jurai di antaranya
  1. Rantau Kampar
  2. rantau Kuantan
  3. Rantau XII koto 
  4. Rantau Nan sambilan ( Negri sembilan )
  5. Rantau Cati nan Batigo
  6. Rantau Tiku Pariaman 
  7. Rantau Pasaman

- Rantau Luhak Tanah data di antaranya
  1. Prov. Riau diantaranya ; rantau kampar , hulunya dari bukit barisan dan bermuara ke selat melaka, nagarinya sepanjang aliran sungai kampar
  2. Prov. Jambi diantaranya ; sepanjang aliran sungai batang hari Mulai dari Darmas Raya sampai ke tanjuang simalindu
Nagari-nagari Rantau luhak tanah data
1. Hulu Tungku nan duo
- Nagarinya adalah :
  • mungka
  • koto laweh
  • koto tinggi dan sungai naniang
  • kapur sembilan
  • koto bangun
  • slalang
  • gunuang malelo
  • nagari-nagari tungku nan duo Prov. Riau

Rantau Luhak Agam
  1. Rantau Tiku Pariman
  • Riak nan badagua
  • Ranah Pasisie
  • Padang salapan suku
  • Piaman Laweh
Rantau Luhak 50 KOTO
Mencakup Provinsi Riau dan Negri Sembilan Malaysia 
Darah-derah yang didiami oleh orang minangkabau di Negri Sembilan Malaysia diantaranya ;
  • Sungai Ujong
  • Jelebu
  • Johol
  • Rembau
  • Segamat
  • Naning
  • Kelang (Klang)
  • PAsir Besar
  • Jelai




SERBA SEDIKIT TENTANG PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA::


Pembahagian harta pusaka di Negeri Sembilan terbahagi kepada dua iaitu pembahagian secara Faraid dan secara Adat.

Didalam adat disebut sebagai Pusaka Tinggi (Tanah Adat) dan juga Pusaka Rendah (Harta Pencarian) . Apa yang dimaksudkan dengan secara adat ini ialah pembahagian tanah adat atau pusaka(tanah dari generasi ke generasi) diturunkan di sebelah perempuan. Tanah ini juga hanya boleh meletakkan penama perempuan sahaja. Kebiasaan nya tanah ini merupakan tanah sawah atau tanah tebus sawah yang ditanam tanaman lain sept. sawit dan getah

Sebaliknya tanah yang bukan adat atau yang didapati dengan atau sepencarian dibahagikan mengikut Faraid. Megikut hukum islam.

Barang peninggalan itu dianggap pusaka,seperti rumah,tanah,barang kemas dan lain-lain.

Dari segi syarak,tanah adat dibahagikan kepada kaum hawa bertujuan untuk melindungi mereka dari segi menjaga kehormatan dan maruah wanita adat Perpatih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...