Wednesday, July 11, 2012

Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012

33 negara sertai Pesta Persukuan Adat Perpatih


SEREMBAN — Lebih 400 peserta dari 33 negara dijangka menghadiri Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 yang dijadual dari 7 hingga 8 Julai ini, di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, dekat sini.



Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, penyertaan orang Melayu dari luar negara itu adalah yang pertama sejak penganjuran pesta 13 tahun lepas.



"Ini sekali gus akan membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat Melayu untuk berinteraksi dengan Melayu dari negara lain dan bertukar-tukar pandangan dan meningkatkan perpaduan,” katanya pada sidang media mengenai pesta itu, di sini hari ini.



Beliau berkata, pesta tahunan itu diadakan bagi memastikan budaya adat Melayu terutama adat perpatih yang terkenal di negeri ini, dapat dikekal dan diwarisi generasi baru selain meningkatkan semangat budaya Melayu dalam diri mereka.— BERNAMA


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Admin: Takde tempat lain ke nak buat pesta persukuan ni. Cubalah buat bergilir gilir di luak-luak lain di dalam negeri sembilan. Jadikan luak-luak sebagai tuan rumah dan boleh orang ramai datang melawat  ke tempat-tempat @luak-luak lain. takde la pelancong dan orang ramai duk bertumpu kat Seri Menanti je. muak menengok eah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...