Senyuman Minang Manis |
Masyarakat Minangkabau 2 Jenis Adatnya
Masyarakat Minangkabau mengamalkan dua sistem sosial iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Adat Perpatih mewariskan harta pusaka dari wanita kepada anak perempuan manakala Adat Temenggung mewariskan harta pusaka dari lelaki kepada anak lelaki.
Orang Minangkabau yang berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera Barat, di Indonesia moden, adalah suku kaum matrilineal yang paling terkenal di dunia.
Dua suku mengamalkan Adat Temenggung manakala dua lagi mengamalkan Adat Perpatih.
Yang mengamalkan Adat Temenggung itu ialah suku Koto dan Piliang.
Yang mengamalkan Adat Perpatih itu ialah suku Bodi dan Caniago.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung akhirnya disatukan oleh Sutan Balun (dari suku Bodi dan Caniago mengikut nasab ibunya), adik kepada Sultan Minangkabau bernama Sutan Marajo Basa (dari suku Koto dan Piliang mengikut nasab bapanya).
Adat Perpatih dan Adat Temenggung disatukan menjadi Adat Tuah Disakato.
Sutan Balun dikenali sebagai Datuk Perpatih Nan Sebatang.
Sutan Marajo Basa dikenali sebagai Datuk Katamenggungan.
Ibunda Sutan Balun berketurunan Sultan Minangkabau (mengikut nasab bapanya).
Bapa Sutan Balun adalah pembesar (bukan raja) dari suku Koto dan Piliang.
Manakala bapa Sutan Marajo Basa ialah Sultan Minangkabau.
Suku Bodi dan Caniago diperintah oleh Sutan Balun, cenderung kepada Adat Perpatih dan mengamalkan sistem demokratik republikan berasaskan rundingan.
“Raja” untuk kedua-dua suku ini adalah rundingan.Ketua kedua-dua suku ini tidak menyembah Sultan Minangkabau.Suku Koto dan Piliang diperintah oleh Sutan Marajo Basa, cenderung kepada Adat Temenggung dan mengamalkan sistem beraja.Kedua-dua suku ini menyembah Sultan Minangkabau yang berasal darinya.
Orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan (Sungai Ujung) semasa zaman kesultanan Johor di abad ke-14 telah berkahwin campur dengan orang Temuan (Johor) Sungai Ujung yang mengamalkan Adat Perpatih.
Orang Temuan (Johor) di luar Sungai Ujung mengamalkan Adat Temenggung.
Sungai Ujung (atau Seremban) adalah sebuah daerah dalam negeri Johor.
Ia kemudian berpecah menghasilkan 3 daerah baru iaitu Rembau, Johol (Kuala Pilah) dan Jelebu.
Tampin kemudian keluar dari Rembau manakala Jempol (tanah asal orang Semelai) keluar dari Johol.
Daerah Ulu Klang (sekarang daerah Ulu Selangor, Gombak, Kuala Lumpur, Petaling dan Ulu Langat) di Selangor, Ulu Pahang (sekarang daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Jerantut, Bera dan Maran) di Pahang dan Naning (Alor Gajah) di Melaka telah bergabung dengan Sungai Ujung, Rembau, Johol, Jelebu, Tampin dan Jempol pada tahun 1773 untuk membentuk Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan telah dinaungi oleh Sultan Johor dan diperintah oleh Tuanku Melewar, anak Sultan Minangkabau.
mohdiar : makanya dapat dirumuskan disini, mereka berlainan cara hidup dan pengganut adat walau berdarah minangkabau juga.. Maka penganut adat temenggung duduk di luar Negeri Sembilan dan penganut adat perpatih di dalam Negeri Sembilan.
Rasanya ada yg tak kena dgn artikel ini. Mengikut tambo asli minangkabau di Pagaruyung 4 suku induk (Pili,Koto,Bodi & Caniago) adalah suku tertua sebelum becambah menjadi suku-suku lain. Hanya suku bodi & caniago yg membuat "first contact" dgn org2/penduduk asli di nagari 9. Manakala keturunan Raja Alam Minangkabau bersusur galur suku Pili dijemput menjadi Yamtuan di N9. Jadi bila masa berkahwin dgn putera2 Johor?Sekurang-kurang nya buat kajian dahulu....di N9 boleh rujuk dgn persatuan sajarah Jelebu.
ReplyDeleteDatuak Mangguang Kachik (waris lareh Koto-Pili, Batu Sangkar)
betul2..atikal ni bnyk yg salah...nk lebih detail blh tgk dkt arkital ni....http://www.pandaisikek.net/index.php/artikel/artikel-islam/adat-minang-kabau/555-suku-suku-di-minangkabau
Deleteterima kasih tuan... artikel akan dibaiki dari masa ke semasa..
ReplyDeletehttp://www.pandaisikek.net/index.php/artikel/artikel-islam/adat-minang-kabau/555-suku-suku-di-minangkabau
DeleteKenapa x ada pecahan suku spt semelenggang,suku 3 batu,dan lain?
ReplyDeleteAda beberapa fakta yang saya setuju...cuma ada banyak pecahan lagi dalam suku kota piliang & bodi ciniago. 4 suku ni teras kepada perpatih&temenggung. Kalau dinegeri sembilan nama2 suku diambil sempena nama tempat mereka datang dari minangkabau. Kebanyakannya dari luak 50 kota atau luak nan bongsu dan juga dari luak tanah datar.
ReplyDelete"Negeri Sembilan telah dinaungi oleh Sultan Johor dan diperintah oleh Tuanku Melewar, anak Sultan Minangkabau". Fakta ini perlu diteliti kerana sultan johor sendiri pada ketika itu yang meminta perantau minangkabau di n9 untuk mencari raja yang boleh membantu mereka mengatasi kekacauan dinegeri itu kerana sultan johor tidak mampu untuk menaungi n9 pada ketika itu..kalau kita lihat cop mohor raja2 minangkabau yang pada awalnya menyerahkan anak2 minangkabau yang bermukim di negeri yang masih belum bernama ini dibawah kekuasaan sultan johor, tetapi bilamana sultan johor tidak berupaya lagi mempertahankan n9 dari kekacaun yang berlaku maka sultan johor mengesyorkan untuk mencari perlindungan dari tempat lain..oleh kerana masyarakat di n9 juga berasal dari minangkabau, maka dijemput jugalah anak raja dari minangkabau untuk dipertuankan di n9 atas perkenan dari sultan johor dengan cap mohor yang mengakui kedaulatan kesatuan n9 itu sendiri.
ReplyDeleteSalamullah..ada tak sesiapa yg tahu berkenaan sejarah berkenaan raja muda padang piaman sekitar tahun 1870..sy sedang mencari susur galur keluar yg berasal dari padang..
ReplyDeleteMelayu champa pun ada ada adat pepatih
ReplyDeleteAbad ke 13 baru dikenali org minang setelah menang bertanding laga kerbau dgn org jawa sebelum tu di panggil org apa??
ReplyDeleteOrg minang asal usul dri champa yg berimigrasi ke pulau sumatera 2000 tahun dulu
ReplyDeleteAdat perpatih pun melayu champa amalkan
ReplyDeleteOrang kepulauan palau pun bernasabkan harta pada orang perempuan
ReplyDelete