
Pendidikan awal baginda di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah kemudian ke Sekolah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah King George V di Seremban. Selepas itu baginda melanjutkan pelajaran ke Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain..
Sebelum dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Besar, baginda merupakan Managing Director di Bangkok Bank, Kuala Lumpur.
Baginda telah dilantik sebagai Tunku Besar pada 1960, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tunku Ja'afar dan Tunku Abdullah. Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Jaafar.
Pemilihan dibuat oleh Majlis Undang diantara :
1) Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
2) Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
3) Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
4) Tunku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
Baginda telah ditabalkan pada 29 Disember 2008, di Balai rong seri , Istana Besar Seri Menanti.