Wednesday, July 11, 2012

Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012

33 negara sertai Pesta Persukuan Adat Perpatih


SEREMBAN — Lebih 400 peserta dari 33 negara dijangka menghadiri Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012 yang dijadual dari 7 hingga 8 Julai ini, di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, dekat sini.



Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, penyertaan orang Melayu dari luar negara itu adalah yang pertama sejak penganjuran pesta 13 tahun lepas.



"Ini sekali gus akan membuka peluang yang lebih luas kepada masyarakat Melayu untuk berinteraksi dengan Melayu dari negara lain dan bertukar-tukar pandangan dan meningkatkan perpaduan,” katanya pada sidang media mengenai pesta itu, di sini hari ini.



Beliau berkata, pesta tahunan itu diadakan bagi memastikan budaya adat Melayu terutama adat perpatih yang terkenal di negeri ini, dapat dikekal dan diwarisi generasi baru selain meningkatkan semangat budaya Melayu dalam diri mereka.— BERNAMA


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Admin: Takde tempat lain ke nak buat pesta persukuan ni. Cubalah buat bergilir gilir di luak-luak lain di dalam negeri sembilan. Jadikan luak-luak sebagai tuan rumah dan boleh orang ramai datang melawat  ke tempat-tempat @luak-luak lain. takde la pelancong dan orang ramai duk bertumpu kat Seri Menanti je. muak menengok eah...

Tuesday, June 5, 2012

Biodata Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Baginda telah diputerakan pada 14 Januari 1948.  Baginda merupakan satu-satunya putera bagi pasangan Tuanku Munawir (yang dipertuan besar yang ke 9) dan Tuanku Durah yang mempunyai 6 orang adik beradik.

Pendidikan awal baginda di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah kemudian ke Sekolah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah King George V di Seremban. Selepas itu baginda melanjutkan pelajaran ke Aldenhem School, United Kingdom. Baginda memperolehi Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain..

Sebelum dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Besar, baginda merupakan Managing Director di Bangkok Bank, Kuala Lumpur.

Baginda telah dilantik sebagai Tunku Besar pada 1960, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tunku Ja'afar dan Tunku Abdullah.  Walau bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda saudaranya, Tuanku Jaafar.

Pemilihan dibuat oleh Majlis Undang diantara :

Putera Yang Empat

1) Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
2) Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
3) Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar
4) Tunku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar

Baginda telah ditabalkan pada 29 Disember 2008, di Balai rong seri , Istana Besar Seri Menanti.



Wednesday, January 25, 2012

MUZIUM LUKUT DAN KOTA LUKUT

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lukut membawa maksud sejenis tumbuhan atau pohon renek. Pada awal abad ke-19, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan dari Selangor selain Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut pada asalnya didiami oleh Orang Laut yang menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani (bercucuk tanam).

Walaupun sejarah tidak begitu jelas tentang penguasaan Selangor terhadap Lukut, namun di bawah pemerintahan Sultan Salehuddin (Sultan Selangor yang per-1) sehinggalah ke pemerintahan Sultan Ahmad Shah (Sultan Selangor ke-3), Lukut adalah sebahagian daripada pengaruh penguasaan Selangor. Era pemerintahan Raja Bot merupakan permulaan era kemerosotan Lukut kerana terdapat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pemerintahan baginda. Di antaranya adalah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujong, penentangan Raja Sulaiman (Pembesar Sungai Raya), bebanan hutang yang semakin berat dan hasil pengeluaran biji timah yang semakin merosot.


Kota Lukut yang pernah mencapai kegemilangannya sejak dari pemerintahan Raja Jumaat bin Raja Jaafar (1847-1864).

Termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan pembesar Melayu di Lukut. Raja Bot menyerahkan Lukut kepada Sungai Ujong secara rasminya melalui perjanjian tersebut.

 Kebanyakkan isi kandungan dalam muzium ini berkisar tentang daerah Lukut yang terkenal dengan perlombongan bijih timah pada masa itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...