Thursday, August 2, 2012

HARI MANTAI / MOGANG DI NEGERI SEMBILAN

"Kekalkan tradisi Hari Mantai


TAK lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Itu yang dapat digambarkan mengenai Hari Mantai yang begitu sinonim dengan adat dan budaya masyarakat di Negeri Sembilan. Walaupun ia masih dipraktikkan sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, mahupun Aidiladha, namun hanya sebilangan sahaja yang masih mengamalkannya.

Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin.Bagi orang ramai yang bukan berasal dari negeri itu, pastinya mereka tertanya-tanya apakah itu Hari Mantai. Ini kerana perkataan itu jarang sekali didengari, apatah lagi diketahui oleh sebahagian besar masyarakat negara ini.

Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Kemeriahan majlis itu tidak hanya membabitkan acara bergotong-royong melapah daging tetapi melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti membakar lemang, menyediakan rendang dan sebagainya.

Bagi Fatimah Talip, 30, Hari Mantai tidak seharusnya dilihat sebagai aktiviti Ramadan semata-mata.Ini kerana katanya, ia merupakan salah satu daripada identiti budaya dan adat masyarakat di negeri itu.''Hari Mantai adalah sesuatu yang unik tentang masyarakat di negeri ini yang mana ia tidak terdapat di luar sempadan Negeri Sembilan. Sebab itulah, ramai kenalan saya di luar sana tidak mengetahui tentang Hari Mantai," katanya ketika ditemui S2.
Menurutnya, Hari Mantai dianggap satu perkara yang mesti dilakukan oleh masyarakat Negeri Sembilan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Sahsurizal Ramli, 32, pula memberitahu, sama ada di desa ataupun di kota, kemeriahan Hari Mantai dapat dirasai khususnya anak-anak di perantauan yang pulang menyambut Ramadan bersama keluarga.

''Ia merupakan satu keunikan yang perlu dipertahankan sampai bila-bila kerana ia bukan sahaja mempertahankan budaya semata-mata, malah ia juga satu medium terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan," katanya. "

-Keratan Dari Utusan Malaysia 28/07/2012


Perincian Admin:

Menurut orang tua-tua di kampung admin, aktiviti atau adat memantai ini bermula dari kegemaran orang negeri sembilan yang suka sangat makan daging lembu atau kerbau. Daging-daging ni kalau dibuat rendang mesti best. Lagipun Rendang dahulu boleh simpan lama kadang-kadang sampai sebulan. Boleh la buat buka puasa.

Amalan mantai ni sebenarnya salah satu cara untuk dapatkan bekalan daging mentah( dulu kat kedai takde freezer) Daging dan kebau ini binatang yang besar. dan kalo disembelih untuk makan anak beranak je. Terlebih-lebihla dan membazir. Jadi diorang berpakat-pakat la satu kampung berkongsi untuk membeli lembu atau kerbau untuk disembelih. Dan dibahagi la kepada semua. dan Merasa la semua makan daging pada bulan puasa atau pada hari raya.

Tapi sekarang dah takde amalan berkongsi-kongsi  nak beli lembu lagi. Mereka beli kat pasar je. banyak yang jual. Tapi mantai tu tetap dipanggil mantai kerana kebesaran dan sambutan hari-hari tersebut.

Hari mantai adalah 1 hari sebelum 1 Ramadhan atau 1 Syawal.  Terima Kasih.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...